assalamualaikum, :) hye,i'm izah, i'm doing homemade choc n cake,untuk tempahan, boleh hubungi saya, izah 0135841202 ~ enjoy the taste of choc n cake! :)

Friday, February 26, 2010

lukisan alam di taman bonda

Mama has green hands. Tanam la apa saja , insyaAllah, semuanya menjadi...alhamdulillah...plants grow well under mama’s care.kt rumah, byk spesis2 pokok, yg berwarna warni..pokok2ni, mcm lukisan kalo diamati btol2..urat2 daunnya..bunganya..begitu indah Allah ciptakan semua ni..bersyukur kerana kita masih mempunyai deria penglihatan yg dapat menikmati lukisan alam ni...

ramai org cm, jiran, relatives selalu tanya, mcm mana nk tanam bg pokok idop subur. kata mama, tanam pokok mcm biasa la..mesti disiram, dibaja..n baca doa msa nk tanam..di samping selawat n zikir masa siram, etc..kalo nk petik plak, baca bsmillah, petik jgn kasar2..pokok pun makhluk Allah..makhluk Allah ini sentiasa bertasbih..


Ramai org kata tgn mama ni ‘sejuk’.Org tua2 kata, org yg tanam pokok, mnjadi ni, “tangan sejuk”...kata org, kalo nk tgn sejuk, tgk amalan kita sama..habluminAllah n habluminannas kena baik..kalo hati x bersey, asyk mengutuk,mncemuh org sana sini,cmne pokok nk idop subur.ada org kategori ‘tgn panas’ tanam pokok x mnjadi, pastu, kalo petik pokok atau amik pucuk, abes mati pokok. Org kategori tgn panas ada je yg dtg umah sy, nk petik itu ini. Habes mati pokok. Lg satu, dr segi saintifik,kalo nk petik , tak kna caranya, pokok bley mati. Itu lah jadinya bla saintifik brgabung spiritual.so, the best thing, bila ada org nk mntak sirih,etc, biar mama yg petikkan. Slalunya org dtg umah mintak sirih la, nk buat sirih junjung, etc. Pokok inai kt umah pun, mama yg petikkan. (sirih junjung n inai mama asyk petik untuk org lain, mama kata, anaknya yg sedang menaip ni bila lagi??!!!hurm, ntah la.. Siapa dan bila...itu semua ketentuanNYA.. (^_~)



kt halaman,ada mcm2 pokok, tanduk rusa, keladi, bird of paradise, pala,sirih,etc..Antara byk2 pokok yg mama tanam, paling sy suka pokok sirih n pokok limau purut n limau nipis,n pokok pala as well. Pokok ni byk manfaatnya, pokok limau purut, elok untuk hilangkan pening kepala, kelumumur n mandi bg fresh je rasa. Pokok sirih pun. Daun sirih proven antiseptic. Kalah dettol. Kalo sesapa yg gatal dlm telinga, amik batang sirih/gagang dia, hancurkan kt hujung dia n masukkan dlm telinga.InsyaAllah, ok.Bila sy nk p travel plak, sy petik buah pala. Dpt yg putik pun OK je, sy akan mkn dlm keta coz sy slalu mabuk perjalanan..(mabuk? Huh..bunyi cm ekstrem ja) fungsi dia bg hilang pening n loya. Byk manfaat pokok2 ni. Ada lg pokok2 lain yg byk manfaat cthnya jarum tujuh bilah, kalo dimakan pucuknya, bleh elak kanser, mngkudu pun.tapi pokok mngkudu sudah tiada....=((.. selain itu, terdapat juga pokok... kelapa dan orkid! Saya nk balik duit saya! Sempat lagi iklan +_+

Btw, kalo ada sesiapa yg berminat, nk anak2 pokok ni, bley contact sy, sy dan mama bley semaikan dlm polybag n harganya, dun worry, murah banget n sesetgh pokok tu, kami sedekah je. Btw, sy ada 1 impian la...sy nk cari landscaper utk wat landscape di rumah sy ni...dgn itu, pokok2 akan lebih teratur n tersusun dlm keadaan cantek.nnti la..tunggu sy byk doit,sy akan hire landscaper utk mama... (landscaping ni kosnya BERIBU-RIBAN gak...)di samping itu, di taman bonda, sungguh ramai burung berkunjung (ramai?! Nk guna banyak ke ramai?? Banyak tu bukan utk benda ke?? Huh..maafkan tatabahasa sy....)btw, burung 2 yg endangered species spt punai tanah, n byk la, burung2 yg sy tak knal namanya..burung2 ni membuat sarang n mmbantu pendebungaan di taman bonda. ayat gila skema. (ini semua atas saranan kak ct supaya mnggunakan b.melayu yg betul. kak ct, bagus tak ayat saya?? Haha. Ok, THE END.

2 comments:

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum Moce-Moce

Konichiwa... janganlah kecewa dan janganlah marah-marah ya...

Ni ha... akak datang jugak malam ni... seharian laptop disewa oleh pelanggan kecil untuk main game dan layari internet.

WOW... sungguh ondah sekali tanam tanaman yang menghijau. Buat akak cemburu aja kerana dulu rumah akak dipenuhi dengan makhluk hijau dan berwarna warni. Rumah akak ibarat taman bunga yang memukau mata jiran sebelah menyebelah dan yang lalu lalang. kini semuanya hanya tinggal kenangan yang memilukan.

Bahasa untuk tulisan tu biarlah lengkap dik oi... jangan macam tulis seperti dalam SMS je. Akak ni bukannya faham sangat dengan bahasa macam tu.

salam mesra dan manis selalu dari akak di Sarikei, Sarawak.

SITI FATIMAH AHMAD
http://websitifatimah.wordpress.com/

mocemoce said...

wslm,
tak marah pown, malah bergumbira dgn kehadiran kak di laman hijauku.hehe. baik la, saya akan cooba menulis dengan ejaan penuh terkini lagi sensasi dan mengikut kamus dewan skola ^_^.hehe.

salam mannesss dari adek mannness. (shoh2..sambil menghalau semut akibat kemanisan adek mannes ni)