assalamualaikum, :) hye,i'm izah, i'm doing homemade choc n cake,untuk tempahan, boleh hubungi saya, izah 0135841202 ~ enjoy the taste of choc n cake! :)

Friday, February 26, 2010

lukisan alam di taman bonda

Mama has green hands. Tanam la apa saja , insyaAllah, semuanya menjadi...alhamdulillah...plants grow well under mama’s care.kt rumah, byk spesis2 pokok, yg berwarna warni..pokok2ni, mcm lukisan kalo diamati btol2..urat2 daunnya..bunganya..begitu indah Allah ciptakan semua ni..bersyukur kerana kita masih mempunyai deria penglihatan yg dapat menikmati lukisan alam ni...

ramai org cm, jiran, relatives selalu tanya, mcm mana nk tanam bg pokok idop subur. kata mama, tanam pokok mcm biasa la..mesti disiram, dibaja..n baca doa msa nk tanam..di samping selawat n zikir masa siram, etc..kalo nk petik plak, baca bsmillah, petik jgn kasar2..pokok pun makhluk Allah..makhluk Allah ini sentiasa bertasbih..


Ramai org kata tgn mama ni ‘sejuk’.Org tua2 kata, org yg tanam pokok, mnjadi ni, “tangan sejuk”...kata org, kalo nk tgn sejuk, tgk amalan kita sama..habluminAllah n habluminannas kena baik..kalo hati x bersey, asyk mengutuk,mncemuh org sana sini,cmne pokok nk idop subur.ada org kategori ‘tgn panas’ tanam pokok x mnjadi, pastu, kalo petik pokok atau amik pucuk, abes mati pokok. Org kategori tgn panas ada je yg dtg umah sy, nk petik itu ini. Habes mati pokok. Lg satu, dr segi saintifik,kalo nk petik , tak kna caranya, pokok bley mati. Itu lah jadinya bla saintifik brgabung spiritual.so, the best thing, bila ada org nk mntak sirih,etc, biar mama yg petikkan. Slalunya org dtg umah mintak sirih la, nk buat sirih junjung, etc. Pokok inai kt umah pun, mama yg petikkan. (sirih junjung n inai mama asyk petik untuk org lain, mama kata, anaknya yg sedang menaip ni bila lagi??!!!hurm, ntah la.. Siapa dan bila...itu semua ketentuanNYA.. (^_~)



kt halaman,ada mcm2 pokok, tanduk rusa, keladi, bird of paradise, pala,sirih,etc..Antara byk2 pokok yg mama tanam, paling sy suka pokok sirih n pokok limau purut n limau nipis,n pokok pala as well. Pokok ni byk manfaatnya, pokok limau purut, elok untuk hilangkan pening kepala, kelumumur n mandi bg fresh je rasa. Pokok sirih pun. Daun sirih proven antiseptic. Kalah dettol. Kalo sesapa yg gatal dlm telinga, amik batang sirih/gagang dia, hancurkan kt hujung dia n masukkan dlm telinga.InsyaAllah, ok.Bila sy nk p travel plak, sy petik buah pala. Dpt yg putik pun OK je, sy akan mkn dlm keta coz sy slalu mabuk perjalanan..(mabuk? Huh..bunyi cm ekstrem ja) fungsi dia bg hilang pening n loya. Byk manfaat pokok2 ni. Ada lg pokok2 lain yg byk manfaat cthnya jarum tujuh bilah, kalo dimakan pucuknya, bleh elak kanser, mngkudu pun.tapi pokok mngkudu sudah tiada....=((.. selain itu, terdapat juga pokok... kelapa dan orkid! Saya nk balik duit saya! Sempat lagi iklan +_+

Btw, kalo ada sesiapa yg berminat, nk anak2 pokok ni, bley contact sy, sy dan mama bley semaikan dlm polybag n harganya, dun worry, murah banget n sesetgh pokok tu, kami sedekah je. Btw, sy ada 1 impian la...sy nk cari landscaper utk wat landscape di rumah sy ni...dgn itu, pokok2 akan lebih teratur n tersusun dlm keadaan cantek.nnti la..tunggu sy byk doit,sy akan hire landscaper utk mama... (landscaping ni kosnya BERIBU-RIBAN gak...)di samping itu, di taman bonda, sungguh ramai burung berkunjung (ramai?! Nk guna banyak ke ramai?? Banyak tu bukan utk benda ke?? Huh..maafkan tatabahasa sy....)btw, burung 2 yg endangered species spt punai tanah, n byk la, burung2 yg sy tak knal namanya..burung2 ni membuat sarang n mmbantu pendebungaan di taman bonda. ayat gila skema. (ini semua atas saranan kak ct supaya mnggunakan b.melayu yg betul. kak ct, bagus tak ayat saya?? Haha. Ok, THE END.

Wednesday, February 24, 2010

birthday




birthday can be considered as the best day in one's life annually..my birth date written as 11 february 1984 but actually i was born on 12 february..my mum gave birth at 1.56 am and it was actually fall on the next day which was on 12..the responsible person wrote it wrongly on my birth cert!! i was told that by my father when i was in primary school..so, every year, i will celebrate on 12.. sekian..a little bit history bout my birth date..
thanx to mama for the deliciousss kek choc moist yg sgt cantek n sedappp!! juga kpd abah yg drive mama p bli...so terharu 4 the surprise cake... i tot i wont get cake dis year..huu (-_-")




surprise cake by my frens @ UKM when i was 24....windu la kt korang...sgt windu zaman blajar kt ukm....


by the way, dgn besday ni, sy bersyukur..bcoz..



  • sy masih bernafas di bumiNYA..
  • masih berkesempatan mempelajari akhlak nabi Muhammad s.a.w ,uswatun hasanah..
  • masih dapat menatap wajah bonda & ayahanda..mama adalah segalanya bagi saya..tunjang semangat saya..abah peniup semangat dan sumber maklumat (mobile dictionary) yang selalu mengajar saya kepentingan ilmu..

terlalu banyak kesyukuran yg perlu dipanjatkan..saya juga sgt berterima kasssey kepada smua yg sudi mengeWISH besday saya..my mum, abah, siblings, frens, n taun ni tambah lg 1 kategori..my students..walopun ajar kejap je (5 bulan) sudi juga diorg igt saya...huu..trimas juga kpd yg doakan sy..umur 26, masih ramai yg wish..kalo sy idop smpi 62, adakah akan ada org yg wish?? =_=

Tuesday, February 16, 2010

other question, plzzz...

dun ask me wer im working rite now...sy penanam anggur yg berjaya wat masa ni..nnti, bila sy dah dpt kije, sy akan tulis di blog ini ya...bila terlalu ramai yg tanya..emosi sy akan jd tak stabil.. =( tanya sy soalan lain ye...
buat masa ni, sy mahu jd seorg guru..tetapi, laluannya kelihatan sukar utk saya..ntah mengapa..btw, usah dipersoalkan rezekiNya...tapi, kadang2, sy rasa ijazah master yg saya ada ni, da mcm penghalang utk sy jd guru..semua interviewers mempersoalkan benda yg sama...adakah soal gaji yg bermain di minda sempit diorg?? guru bukan profesion terakhir pilihan sy.. in fact, dah jadi karier utama pilihan sy skrg..takpa izah...bersabar saja ye...jgn putus asa...
p/s: jgn persoalkan lg ye...doakan sy....nnti, bila da dpt kije, sy akan announce di blog =)))

Sunday, February 14, 2010

bengkerk!











R.O.K.O.K.




gambarajah (dah gambar, rajah plak lagi..bkan ke gambar dan rajah adalah bnda yg sama???hurm..redundant).. smbung balik..gambar /rajah di atas mnunjukkan kandungan rokok. entry kali ni, x pasal2 pasal rokok..kerana mlm ini, udara yg sy sedut dicemari asap rokok..alkisahnya...


tonite p mkn ngn family, all d girls n parents kt restoran yg bley dikatakan sedap kt my hometown ni. tgh mkn best2..tetiba ada 1 geng, all boys dtg n duduk seblah meja, fine.tak kesah pun, sbb sedang menikmati my food yg sedap. tetiba, salah sorang dr diorg smoking mcm nk rak, tiup asap berhembus2 seperti corong kilang atau ekzos bas kilang yg mengeluarkan asap itam spt tidak pernah diservis.




yg bengang tu, asap tu, baik punya flow ke arah meja kami, wat the hell. memula sabar lagi... lelama, sy tunjuk isyarat (tak bleh bersuara, kerana bising) kt member dia, supaya smoking ke arah lain, my mum angry sbb tegur bebudak tu...haish..mana bley dibiarkan, melampau.sy tegur kerana sy bengkerk ngn attitude diorg yg cm samseng tu. cuma satu je, apsal dat mamat tak smoking n hembus segala asap toksin tu ke muka kawan dia?!!!! tau pun, kawan dia akan marah kan! so are we! korang nk smoking, takde sapa kisah, asalkan jaga manners tu! lelaki melayu yg smoking,tolong la jaga adab di tempat awam k...jgn seksa sistem pernafasan org lain, cukup2 la, peparu awak hitam. hati tolong bg bersih, k. sekian.

Friday, February 12, 2010

teman...





"Apabila kau ingin berteman,


Janganlah kerana kelebihannya,


Kerana mungkin dengan satu kelemahan,


Kau mungkin akan menjauhinya....




Andai kau ingin berteman,


Janganlah kerana kebaikannya,


Kerana mungkin dengan satu keburukan,


Kau akan membencinya....




Andai kau inginkan sahabat yang satu,


Janganlah kerana ilmunya,


Kerana apabila dia buntu,


Kau mungkin akan memfitnahnya....




Andai kau inginkan seorang teman,


Janganlah kerana sifat cerianya,


Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,


Kau mungkin akan menyalahkannya....




Andai kau ingin bersahabat,


Terimalah dia seadanya,


Kerana dia seorang sahabat,


Yang hanya manusia biasa....




Jangan diharapkan sempurna,


Kerana kau juga tidak sempurna,


Tiada siapa yang sempurna...


Tapi bersahabatlah kerana Allah..

isk..kucing ni terpegun tgk gambar kt tiwi plak dah..=_=

Saturday, February 6, 2010

hari yg panas terik..sepanas hatiku

pagi ni, siap nk p walk in iv bbraun kt hotel vistana...perjalanan ngn ketaku yg kontot itu pun bermula..
sampai2..sgt ramai org…mostly guys..segan gak la..aduh…redah je la…tabahkan hati..so pas isi form, submit kat kaunter..then tggu la..berdiri…letih la berdiri…apply utk post production planning..main apply je..padahal, post tu tinggi beb..tak sesuai ngn ak..rupanya nk yg experience at least 2 years…
tibalah masa yg ditunggu, tetiba dgr namaku dipanggil oleh sorg mat salleh ni..dia ulang 2 kali..then, sy pon angkat le tgn..dia pun terus mai sambil sua tgn....tak pasal2 kna salam ngn sorg mat salleh..dia sua tgn dpn org ramai..at 1st, sy trkejut..pastu, sbb taknak malukan dia, sy pun salam dia, tu pun di hujung jari..tensen la cmni..nape la org tak paham2…batas2 ni..masalahnya..org melayu Islam pun, tak paham2… tgk pemimpin2 pun sudah la..salam laki pmpuan bebas je.. then sesi iv pon bermula..mcm2 gak yg ditanya..

btw,hmm, ive been interviewed 4 sooo many times..rasa cm pnat la..nk jd ckgu..tapi laluan nya sukar la…hmm, takpe la, sot ba ra… ya…

balik tu p lunch kt gerai tepi jln..not bad, sdap la..memula, nk minum je,lega sgt minum milo ais tgh panas terik.. alih2 my sis ajak mkn, mkn je la..muka adek pmpuan yg jual food tu sgt hepi bila sy kata nk nasi mkn kt situ.. dia hepi sgt mybe sbb lauk yg dia jual tak luak..pelanggan tak ramai..ksian tgk dia..masa tgh mkn, org makin ramai dtg…rasa cm pembawa rejki la plak..hehe..btw, rasa hepi sbb bg adek tu hepi….

Sekian hari yg sgt panas terik, dan penat, dan worst part is kna salam ngn mat saleh tuuuuu!!! Benci…lepas ni, sapa sua tgn, sy tamao salam, biar la, dia tu ceo, coo ke..vvip ke..saya totap tamao slm..btw,ada ke ceo nk salam ngn sy???

Friday, February 5, 2010

jawapanNYA....



Ya Allah...


Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan?


..dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang ia melarat kepadamu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui..(albaqarah:216)


Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?


… dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…(albaqarah:286)


… sesungguhnya disamping kesusahan bersamanya kemudahan…… (ditegaskan sekali lagi) disamping kesusahan bersamanya kemudahan…(alinsyirah:5&6)


“Do you really think that you will enter Paradise without such trials as came to those who passed away before you? They were afflicted with severe poverty and ailments and were so shaken that even the Messenger and those who believed along with him said, ‘When will come the Help of Allah?’Yes, certainly the Help of Allah is near!”[Quran 2:214]
knapa Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?
::janganlah kamu bersedih atau berduka cita, sesungguhnya kamu lebih tinggi jika kamu beriman::(alimran:139)


.:adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata ‘kami telah beriman’ tanpa mereka diuji:..Dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta:.(alankabut:2&3)


Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”(Surah Al-Imran ayat 200)


“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”(Surah Al-Baqarah ayat 45)


“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”(Ar-Ra’d: 28)
Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ..(Surah At-Taubah ayat 111)Kepada Siapa Aku Berharap?
“Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”(Surah At-Taubah ayat 129)


Arghhh Aku Tak Tahan!!! Aku Dah Bosan!!
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”(Surah Yusuf ayat 12)


“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta. (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


“Did you think that We had created you in play (without any purpose), and that you would not be brought back to Us?”(Quran 23:115):
?Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.?- Surah az-Zariyat: ayat 56.


Demi masa:..:sesungguhnya manusia dalam kerugian:..:kecuali yang beriman dan juga yang beramal soleh:..:yang berpesan pada kebenaran:..:yang berpesan pada kesabaran:.(alquran:al-asr)


..ya tuhanku, sesungguhnya aku berkehendak kepada kebaikan yang engkau turunkan kepadaku..(alqasas:24)