assalamualaikum, :) hye,i'm izah, i'm doing homemade choc n cake,untuk tempahan, boleh hubungi saya, izah 0135841202 ~ enjoy the taste of choc n cake! :)

Monday, April 26, 2010

handwriting....




i found an article bout handwriting...by dr. fadzillah kamsah..mungkin ada kena ngn personaliti ngn seseorg...mungkin kesemuanya atau mungkin ada kena sket2.. lets cekidaut *_*

Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Pertama: Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
• Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
• Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

Kedua : Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
• Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
• Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)


Ketiga : Kecondongan
i. Condong ke kanan
• Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
• Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak
• Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur
• Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan
i. Jarang-jarang
• Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
• Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
• Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
• Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
• Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
• Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
• Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Sunday, April 25, 2010

hmm...

hmm...lama plak tak apdet my blog...abes bersawang blog ni...kekedg rasa byk je nk tulis..mcm2 info igt nk letak kt sini, experience n etc..kekdg tak sempat..(bz kononnya..) bila ada masa plak...takde mood plak...haish...lately...byk pikir la... smpi beberapa kali ditegur asyk termenung...hurm..sepatutnya termenung hanya di bilik termenung...hish. ke situ plak.. mcm2 skrg ni jadi..bumi smakin tua...tanda2 kiamat da byk...sana sini jenayah..bunuh..etc,,,bncana alam..the latest is volcanic ash that lead to the cancellation of the flight..abes ramai org terkandas kt airport..smpai ada yg dirikan khemah kt airport..hurm..ada pengertian di sebaliknya tu...hurm..ngantok plak..2 b continue..boi

Wednesday, April 7, 2010

corat-coret

i oledi got job!!

job pertama : lecturer in kl

job kedua : pengapit kawan yg akan berkahwin di johor

kedua-duanya, sy tolak. appreciate 4 d offer.tp kan saya da kata..sy nk jadi che'ekgu. sekian terima kasey. =_=

Tuesday, April 6, 2010

JAUHI KHURAFAT

TEMUBUAL BERSAMA PENERIMA ANUGERAH TOKOH MAULIDURRASUL 2010, DATUK ABU HASSAN DIN AL-HAFIZ


Mega:Bolehkah kita membuat binaan atas kubur?

ABU HASSAN: Terlebih dahulu kita perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan membuat binaan. Setakat kita membuat dinding simen atau mar mar di sekeliling kubur itu bukan termasuk dalam binaan atau perhiasan.

Tetapi jika sampai ke tahap membuat bumbung di kubur, itu sudah termasuk dalam membuat binaan. Ini diharamkan kecuali pada kubur para rasul, sahabat dan yang setaraf dengannya.

Ada pun, amalan masyarakat yang suka menabur bunga di pusara, ini pun tidak ada nas yang mensyariatkannya. Adalah dibimbangi perbuatan sedemikian boleh membawa kepada termasuk dalam perhiasan itu tadi.

Kalau ada pun dalam syarak adalah amalan para ulama yang menyiram air atas pusara selepas jenazah disemadikan.

Perbuatan memacak sesuatu yang basah seperti pelepah tamar atau kelapa, ada nas menyebut selagi ia masih basah ia masih bertasbih pada Allah memohon keampunan pada mayat.

Barangkali berdasarkan nas tadi, agak masyhur di kalangan masyarakat kita untuk menanam pokok kemboja kerana ia basah dan akan mendoakan si mati.

Tetapi tidak pula disebut memacak payung di atas pusara. Tidak ada nas menyuruh perbuatan sebegini dan ulama menyebut ia termasuk dalam bidaah dan khurafat.

Bagaimana pula dengan tahlil arwah yang dilihat mesti dibuat apabila berlaku kematian?
ABU HASSAN: Ini satu lagi perkara yang sampai sekarang masih diperdebatkan. Bagi yang tidak mengharuskannya, ia dianggap bidaah atas alasan antaranya Nabi SAW tidak pernah membuat tahlil arwah dan juga bersandarkan hadis bermaksud: Apabila mati anak Adam putuslah amalnya kecuali tiga iaitu amal jariah, doa anak soleh dan ilmu yang bermanfaat (riwayat Muslim)

Bagi ulama yang mengharuskannya, tahlil dibolehkan berdasarkan hadis yang sama. Cuma yang terputus adalah amalan orang yang mati. Sedangkan amalan orang yang masih hidup untuk di mati masih belum putus dan boleh dilaksanakan.

Keharusan tahlil juga bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW di mana pada suatu hari baginda didatangi oleh seorang wanita. Kata wanita itu: "Ya Rasulullah, ibu saya baru meninggal dunia dan belum mengerjakan haji. Lalu Nabi menjawab, kerjakan olehmu haji untuk ibumu itu".

Bersandarkan peristiwa itu, ulama memutuskan bahawa orang yang hidup boleh membuat ibadat seperti haji, puasa dan sedekah untuk si mati.

Bagaimanapun, soal menetapkan tarikh tahlil pada malam pertama, ketiga, ketujuh, ke-40 dan 100, ini tidak ada nasnya. Bahkan ada pendapat ulama bahawa hal ini tergolong dalam bidaah.

Kalau nak buat tahlil, buat sahaja pada bila-bila masa jangan kaitkan dengan masa atau tarikh tertentu.

Lagi pun, bagi saya, tahlil untuk si mati itu bukan kemestian. Ia sekadar untuk membantu atau menambah sedikit pahala kepada si mati.

Itupun dengan syarat si mati itu orang yang semasa hidupnya beribadat dan bertakwa. Jika semasa hayatnya, si mati tadi dikenali sebagai orang yang tidak pernah solat malah hidupnya sentiasa bergelumang dengan maksiat, secara peribadi saya melihat tahlil tiada ada faedah baginya.

Contohnya, seorang bapa semasa anak mudanya masih hidup tidak pernah menyuruh anaknya solat malah hidup anaknya terlalu bebas sehingga tidak mengenali Tuhan.

Tiba-tiba anaknya itu mati, adakah tahlil boleh membantu atau memberi faedah kepadanya, kebanyakan ulama berpendapat, ia tidak memberi sebarang faedah.

Kalau hendak membantu anak atau kaum keluarga daripada api neraka pastikan ia dibuat semasa hayat mereka bukan setelah mereka mati.

Ingatlah firman Allah yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka...(al-Tahrim: 6).

Ada juga pandangan mengatakan majlis cukur jambul yang sebahagian besar kita buat sekarang adalah bidaah. Benarkah?

ABU HASSAN: Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Seorang anak terikat dengan akikahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan dicukur serta diberi nama". (riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Rasulullah sendiri mencukur rambut cucunya iaitu Hasan dan Husin semasa melakukan akikah. Mencukur di sini bermaksud membotakkan kepala anak.

Dari Ibnu Abbas r.a., bahawa Nabi SAW mengakikah seekor kambing untuk cucunya dan berseru: "Hai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambutnya). Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham". (riwayat Tirmidzi)

Sayangnya, menjadi amalan dalam masyarakat kita dalam majlis bercukur jambul akan diadakan berzanji dan marhaban. Kemudian bayi tadi dibawa bersama sebiji kelapa dan hadirin akan menggunting sedikit rambutnya dan dimasukkan ke dalam kelapa itu.

Berdasarkan pandangan ulama, perbuatan begini adalah bidaah dan khurafat.

Kita dilarang melakukan qazak iaitu mencukur sebahagian tertentu kepala anak itu sahaja.

Daripada Abdullah bin Umar r.a., bahawasanya dia berkata: Nabi SAW melarang daripada mencukur sebahagian kepala anak kecil, dan meninggalkan yang sebahagian lain, iaitu qazak. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara kelebihan mencukur kepala, rambut yang ada pada kepala bayi dibimbangi mengandungi kuman yang dibawa bersama daripada dalam rahim.

Jika tidak dibuang dibimbangi kuman atau virus itu akan meresap dalam kepala dan otak yang mungkin menjejaskan mental bayi tersebut.

Apa pula hukum melukis inai pada tangan terutama bagi gadis yang mahu berumah tangga?ABU HASSAN: Islam melarang perbuatan melukis pada mana-mana anggota badan tidak kira apa juga bahan yang digunakan sama ada kekal atau sementara.

Ini ditegaskan dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Allah melaknat (washam) yang bekerja sebagai melukis di badan orang dan orang yang meminta supaya dilukis".

Sepatutnya, berkahwin itu adalah perbuatan yang baik, maka jangan dicampur aduk dengan benda atau perbuatan yang kurang baik lebih-lebih yang khurafat.

Dibimbangi akan kurang keberkatan dalam perkahwinan tersebut.

Tentang pakai inai ia memang diharuskan tetapi jangan dilukis.

Demikian juga dengan upacara menepung tawar yang kini dilihat sudah jadi tradisi dan sebati dalam masyarakat. Sedangkan ia bukan budaya Islam.

Sebab itu, ulama berpendapat perbuatan merenjis dengan tepung tawar itu untuk tujuan apa sekali pun adalah termasuk dalam bidaah dan khurafat. Ia patut ditolak.Ada juga sebahagian ulama yang membolehkan merenjis dengan syarat jangan guna tepung tawar. Gantikan dengan benda lain seperti merenjis air mawar.

Kedua, jangan ada niat tertentu tetapi seelok-eloknya jangan amalkan budaya ini.

Kebelakangan ini ada di kalangan orang Islam yang menjadikan anjing sebagai binatang peliharaan. Apakah hukum memelihara anjing sebagai kegemaran?ABU HASSAN: Memang tidak ada nas yang melarang kita memelihara anjing. Cuma kita kena tengok apakah tujuan berbuat demikian.

Dalam kitab fiqh ada istilah kalbul mu'allim iaitu anjing yang dilatih untuk berburu. Dalam keadaan ini adalah diharuskan untuk kita menggunakan anjing. Syaratnya, tempat gigitan anjing itu tidak boleh dimakan.

Berdasarkan hukum ini, ulama berpendapat tidak jadi kesalahan jika orang Islam pelihara anjing bagi tujuan menjaga keselamatan harta benda dan rumah.

Tetapi pada masa yang sama, kita perlu tahu bahawa anjing itu adalah binatang bernajis. Jika ia menjilat atau kita terkena jilatan anjing maka ia perlu disamak.

Dalam hal memelihara anjing untuk tujuan suka-suka, dibimbangi kita terkena najisnya. Apatah lagi jika anjing itu dibiar berkeliaran dalam rumah. Dalam keadaan demikian, kita tidak boleh memastikan tentang najis anjing itu yang keluar masuk ke rumah.

Pada masa yang sama, Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Malaikat tidak akan masuk dalam mana-mana rumah yang ada anjing dan patung. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Kalau demikian, bagaimana kita hendak mendapat rahmat Allah?

Saturday, April 3, 2010

"kami prihatin??"


kes buang bayi is at alarming rate. omos evry day ada kes. sungguh tak berperikemanusiaan.jgn hanya salahkan PEREMPUAN yng membuang tetapi KEDUA-DUA MAKHLUK YG BERZINA IAITU LELAKI DAN PEREMPUAN. bil anak luar nikah pula hampir 800,000 kt malaysia. ini lah akibatnya bila tak laksanakan hukum Allah. NGO n kementerian dok kalut nak tambah matapelajaran pendidikan seks di skola.tak perlu. sepatutnya depa ni dgr saranan tan sri harussani,mufti perak, supaya ianya diubah menjadi "munakahat" kan ke lebih elok bunyinya.. dlm silibus tu nnti, perlu ditekankan kesan akibat perbuatan tidak senonoh. owh, waktu ni plak kementrian trtntu nk jayakan kempen "kami prihatin" . tu semua skadar retorik je. org ramai dok kutuk kes pembuangan bayi. tapi kalo ada kapel dok sebelah kita dok bermesra tak hingat dunia, berani ke tegur?? tepuk dada, tanya iman.

zina berleluasa sana sini.bilangan pelacur bertambah2.gro dr china pun terlampau byk masuk malaysia.ini lah kempen melawat malaysia.haa, menteri pelancongan (ng yen yen) tu dok bangga cerita penambahan bil pelancong. wat kempen sana sini. kerajaan penang plak wat penerbangan terus dr china ke penang, haa, senang la mereka masuk negara ni. sbb tu la anak luar nikah bersepah. sbb apa jd zina? byk sebab. tgk pengaruh terbesar pun cukup la. tv. iklan ntah apa2. tak senonoh. tak bertamadun. sy pnah komplen n emel kat stesen tv n suruhanjaya komunikasi. kata mereka " kami telah mematuhi segala syarat2 piawaian media elektronik dan lembaga penapisan" apa punya narrow minded la depa ni. ni la masalahnya org yang tipis agama dan sifat malu.artis2 plak pakai menjolok mata n bw kuar statement mcm org takdak agama. tak payah la nk wat kempen "kami prihatin" or kalut nak wat lagu2 pasal pembuangan bayi ni. buang masa ja. tgk kepada root cause la.sy harap alim ulama dan masyarakat di luar sana terus bersuara.semoga kita kuat perangi isu ini. somga kita dijauhi kemurkaan Allah