assalamualaikum, :) hye,i'm izah, i'm doing homemade choc n cake,untuk tempahan, boleh hubungi saya, izah 0135841202 ~ enjoy the taste of choc n cake! :)

Thursday, December 31, 2009

Wednesday, December 30, 2009

good bye new town.....

good bye new town...mmg da tertulis...hanya sekejap je sy dok kt situ...lepas ni..da tak merasa lagi la kerabu daging....good bye makcik krabu daging...sy dah tak jd regular customer kt kdai makcik...paling sy windu mstilah students2 yg pernah sy ajar..form 2,3,4,5...... syg korang...susah nk lupa kenangan ngn korg..korg la students pertama ckgu...btw, korg dah dpt ckgu baru, smoga korg study btul2 n berjaya dgn cemerlang.....
~perjalanan idop sy dah tertulis di tempat lain.................

Tuesday, December 29, 2009

Subhanallah....


































































teka-teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.
Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?
'Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari
'Murid 3 = ' Bumi
'Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'
IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia?
'Murid 1 = ' Baja
'Murid 2 = ' Besi
'Murid 3 = ' Gajah
'Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'
Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?
'Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun
'Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '
Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
'Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang
'Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri
''sampaikanlah walau satu ayat'..

Monday, December 28, 2009

assalamualaikum chekgu!!

ungkapan yg sy dengar setiap hari pd sesi persekolahan...=)


Remaja merupakan transisi antara kanak2 dan dewasa..suatu usia di mana hampir segala2nya mahu dicuba...dan inilah peringkat usia pelajar sekolah menengah..mnjadi pendidik di sekolah menengah telah membuka mata saya...sesungguhnya kerjaya sbg seorg guru mmg mencabar.. bukan setakat mengawal kelas namun yg paling penting mengawal emosi ..dan sy sedaya upaya menjadi guru yg rasional dan bukan emosional. Kemarahan seorg guru adalah untuk mendidik. Sedaya mungkin sy mengawal diri untuk tidak marah pelajar namun kadangkala, kesabaran sy teruji.. sifat marah adalah sifat yg paling sy benci..sy x suka marah..namun, adakalanya keadaan perlu diperbetulkan... sebagai seorg guru, sy tak sanggup melihat pelajar berperangai lepas laku, kurang adab n sebgainya. Dan sebagai org Islam, semestinya sy nk melihat Islam itu gemilang, dan sy sgt marah apabila melihat pelajar Islam membuang potensi dirinya walhal kalau digilap, ia bakal memberi kilauan yg berpanjangan.

Flashback-22 jun 2009, sy ke bandar baharu, new town, (“,)..best jugak tempat ni, kwsn umah sewa sy, tenang, semuanya org melayu, so far, ok, best, nk mkn plak, sy p p.buntar,..hurm, scr ringkasnya, sy mengajar di kedah, makan di perak dan kg d penang. Sy duduk di sempadan 3 negeri.(^_^)


ini kucing Bandar Baharu yg sangat pemalu. 1st time jmpa kucing pemalu mcm ni..ironinya ini kucing jantan.


Omos 6 months, sy bertugas sbg guru ganti, actually, kalo diikutkan,dulu sy tak pernah terlintas mahu jd seorg guru, memandangkan sy agak pemalu n hate crowd..tapi minat sy ke arah dunia pendidikan dan suka berkongsi ilmu mnjadikan sy agak berani menempuhi pelajar yg ramai..tapi memula masuk kelas mmg tak dinafikan shaking beb! Nervous breakdown! (“-_-)..btw,sy bersyukur dpt skolah yg boleh sy katakan para pelajarnya mempunyai akhlak yg baik, kalau ada yg nakal pun, Cuma sedikit sgt, itupun, nmpknya mudah ditegur..mereka terdidik dgn akhlak Al-Quran, jd jiwa mereka lembut n mudah ditegur. Banyak kenangan di sini.., sy harap pelajar sy dpt lupakan peristiwa2 (“,) seperti tersasul yg kerap.. (sy akan kerap tershashul bila sgt letih n x cukup tido..),tersilap fakta , (-_-“),dan peristiwa air tumpah di atas buku teks semasa sy tgh mengajar( nasib baik air kosong)...huh..clumsy kan... dan etc...sy mcm ckgu dr skool of rock je! Hrp diorg dpt terima sy seadanya... btw, sy sgt appreciate pelajar2 yg rajin belajar dan menolong sy secara lansung atau tak lansung..adakah sy akan kembali mengajar di skola itu??? Wallahualam...hanya Allah yg tentukan...i just go with the flow..semoga usaha kita semua mndpt kap ba ra kap alip ta nun..masa berlalu pantas, kita bakal melangkah ke tahun 2010.. semoga kita smua mndpt kejayaan di dunia dan akhirat..



p/s: glemer sudaa...iklan billboard tu...=D... i wish dpt bergambar ngn smua students.....tapi smpt bergmbar dgn sket ni je... smoga form 5/2009 berjaya dlm apa jua bidang yg dceburi....


tasik chini oh tasik chini...

Today, sy nk wat teknik plot imbas kembali iaitu,tasik chini dlm kenangan =)..tasik yg luas,air yg berwarna hijau (coklat apabila musim hujan akibat berlaku sedimentation dan hakisan pinggiran tasik) dan yg paling utama..ia menakutkan..sy mmg takot air yg keruh, seolah2 mcm ada sesuatu creature yg besar didasarnya.(“-_-)...universiti kesayangan sy, UKM menerima geran jutaan ringgit dr kerajaan utk mengatasi masalah pencemaran di tasik chini..dan pensyarah sy salah seorg penerima geran itu..dan pada suatu hari beliau telah offer sy utk membuat kajian ini..maka sy pun menerimanya..pada mulanya..sy agak berat utk menerimanya..dan byk peristiwa yg rupanya petanda bahawa sy tak patut menerima offer itu, cthnya perjalanan tertangguh hampir 5 kali untuk mendaftar, n sbagainya..maka, tiba hari yg dijanjikan, sy pun bertolaklah dr kampung ke bangi..seterusnya, bergelar sebagai pelajar Ph.d selama hampir 2 semester..seigt saya dah 3 kali p sampling kt ctu..tak igt la..3 ke 4 kali ntah..neuron2 berselirat lately,mnjadikan sy pelupa..kajian ini memrlukan persampelan berkala..research ttg water quality, heavy metals in water,sediment n fish..n the toughest part is hydrocarbon...methodnya yg complicated....






pada sy, seseorg yg nk smbung Ph.D (doctor of philosophy) perlu mmpunyai both patience n passion...i’ve lost both in dat research..pernah duduk lab smpi kul 11pm..mengulangi eksperimen n brmain dgn asid yg berasap2...labworks is so tiring! hmpir 5 taun bergelumang dgn itu semua mmbuatkan sy muak...dan sy rasa ilmu sy semakin sempit..kerana setiap hari mendalami bahan bacaan ttg kajian tersebut..sy tidak punya masa utk membaca bhn2 lain, dan mcm2 lagi la..mmg benar kata2 ahli cerdik pandai, bahawa semakin byk kita pelajari, semakin byk kita tak tahu...hakikatnya,ilmu Allah sgt luas...



Hari demi hari, minat sy dlm kajian itu kian luntur..abah pula sgt mengharapkan sy meneruskan kajian itu..katanya tawaran mmbuat phd dgn free of charge,(segalanya dibiayai) is a golden opportunity..u shud grab it..while,mama n kakak sy pula suruh sy tukar tajuk ataupun trus quit..akhirnya, setelah mmbuat penilaian kendiri..sy quit...walaubagaimanapun, Alhamdulillah, kajian ini tidak terhenti, dan diteruskan oleh pelajar lain yg juga merupakan rakan sy...sy mmg rasa guilty pada pensyarah sy, namun, sy juga perlu mengambil kira ttg minat sy..saya tak pernah rasa menyesal dgn keputusan ini...sy rasa ini adalah keputusan terbaik..bg saya, seseorg yg nk buat phd perlu bersedia mental n fizikal dan mempunyai kekuatan mental yg tinggi di samping minat yg mendalam terhadap kajiannya..seterusnya perlu melengkapkan diri dgn ilmu pengetahuan yg benar2 kukuh..dan bukan buat kajian sekadar utk mndapatkan title dr dan pekerjaan yg hebat sahaja. Jika manusia hanya mengejar title shj, sia2 ilmu yg dipelajari..kajian yg dibuat mestilah significant dan mempunyai nilai komersial dan yg paling penting,ia boleh dimanfaatkan. As i mentioned earlier, patience n passion r 2 vital elements in research.. n sekarang kedua2 unsur tersebut masih ada pada sy tetapi telah menjurus ke dlm bidang pendidikan..sy minat perguruan, n mengajar di sekolah menengah...

semasa sy mghadiri temuduga utk menjadi guru baru2 ni di perlis, 1 of the interviewer mempertikaikan atau mungkin beliau ingin menguji keputusan sy utk menjadi seorg guru, katanya, “mengapa awk nk jadi guru? Mengapa nk sia-siakan ijazah master awk?, awk sepatutnya menjadi pensyarah,takkan awk nk merendahkan tahap awk?tempat awk bukan di sekolah, awk patut manfaatkan ilmu awk pd peringkat tinggi.. bla..bla..byk lagi la” sy pun, tanpa mmbuang masa trus mematahkan hujah2 interviewer trsebut.. susah nmpknya laluan sy utk jadi guru, asyk dipertikaikan ja.. weird!sy trkejut dgn kenyataan yg diorg kuarkan “awk nk sia-siakan master awk?” Kt skola adek sy, ada 2 org gurunya Phd holder! So,apa masalahnya...? susah nk ubah mentality org...pada sy.. guru merupakan profesion yg mulia, dan interest sy mmg dlm bidang pendidikan, menjadi seorg guru bukan satu batu loncatan, dan ilmu sy bukan terlalu tinggi, terlalu byk lagi utk dipelajari, sy sekrg berminat menceburi bidang pendidikan terutama mengajar matematik dan sains dan sy mahu mempelajari segala methodology pendidikan. Kelulusan bukan penentu tahap kepandaian seseorg..even dr budak umur 5 tahun pun, byk yg bleh dipelajari..apa jua bidang yg ingin diceburi ,yg penting, niat, minat dan keikhlasan seseorg itu...

Friday, December 25, 2009

24 disember 2009

24 disember..result pmr diumumkan..b4 dat smggu sy asyk risau..makan bertambah lalu, mandi basah kuyup..akhirnya result kuar dah..menurut kak N (mcm biasa ..nama dirahsiakan), setiausaha peperiksaan skola, my students only 8 yg score A dlm science dan kata beliau lg smua lulus…the thing is …ONLY 8 GOT A??? 8 out of 70…sy sgt sedey, upset, kuciwa semua cukup…walaupun begitu, alhmdulillah,sy bersyukur, kekecewaan sy tak begitu truk krna ..my youngest sis got 9 A’s.. congrats hani!!! Keep it up! smoga rahmat utk hani berpanjangan n dia tidak terleka dgn kejayaan,spm much more important!...utk adiah pmr, hanya spageti utk mu, hadiah lain, nantiiii ar kak jah bg..spesel punye! tggu jier!hehe




spegati ni, jol kata sdap! hee!


Hani-Colan pmr yg cemerlang dgn keputusan 9 yeay! ( "colan" adalah vocab yg diperkenalkan oleh alleycat!)


24 jam sudah berlalu, hari ni 25 dis..kecewa sy masih mendalam..sukar nk accept yg students sy, only 8/70 je yg dpt A... sy rasa gagal mnjadi guru yg baik utk subjek sains…(sy suka ajar mathhhhh brbanding science...hukhuk..)...science mmg subjek yg best sgt..tapi alangkah sukarnya memupuk minat pelajar terhdp subjek itu....btw, sy kna improve the method of teaching...hurm..it takes time...insyaAllah, kalo diberi peluang, sy akn mencuba....memetik kata2 dr seseorg yg matang berbanding usianya (identity dirahsiakan demi mnjaga nama baik beliau) (^_^)…“jgn putus asa..just teruskan..dakwah nabi yg pertama pun tak ramai yang memeluk Islam kan..” terima kasih di atas kata2 keramat ini…motivasi yg sungguh menenangkan..I really appreciate it... ini kali pertama sy menjadi guru..sy tak pernah pergi kursus..tetiba trus dipanggil ganti n mengajar kelas peperiksaan pd 22 jun 2009..sesungguhnya, sy rasa mmg berat bila diberi kelas peperiksaan..(byknyer kata ganti diri ‘saya’..sila bilang ..haha) shut up, jgn terkuar tajuk karangan! ok2, smbung balik.. ini 1st time sy nk mengaja..diberi 6 kelas..form 2,3,4,5..dgn silibus yg bertimbun bykknya utk sy catch up..sy pun nk study lagi, setelah 8 taun mnggalkn bangku skola..(owh, itu bukan alasan) btw,sy da cuba yg terbaik…maafkan ckgu..

insyaAllah,sy akn berusaha dgn lebih lagi n akn improve cara pengajaran n sy akn bagi kukuh ilmu matematik n sains..kejayaan seseorg individu 99 % disumbangkan oleh kemahuan dirinya..lagi 1 % itu barulah doa ibu bapa, usaha guru2, etc…namun begitu, guru sgt berperanan dlm memberi pengajaran yg effective…sy akan study betul2 dan mengajar betul2! AKUJANJI! ..tetiba sy harus pergi lantaran bau laksa yg menusuk kalbu..laksa mama yg teramat paling SEDAPest in d world! Mkn time!Boi!

TURNING POINT!

Taun 2009 disifatkan sbg taun yg mencabar utk sy..ye ke..rasanya every year mencabar..huu. tapi taun ni so many things happened…turning point pun byk..mcm2 la..22 jun 2009, sy bertugas sbg guru ganti di sbuah skola agama yg kecik (x sampai 300 org pelajar) dan tersohor kerana berjaya menghasilkan tokoh2 agama seperti datuk jamil khir, dr mashitah, dan ramai lg..caya la!(",)

ini kali pertama sy bertugas sbg guru di skola..slpas sy mengambil keputusan berhenti dari Ph.D..hanya sempat 2 semester shj..byk sebab sy quit phd…walopun, terlalu ramai memujuk sy supaya tidak berhenti trutama abah..maafkn sy..pensyarah sy Dr.S(nama sebenar) yg 3 kali suruh sy menarik balik keputusan..timakasih dr dan pihak university yg memberi peluang dan geran ..walopun, blaja free of charge tanpa mmbayar apa2..namun, sy da hilang interest dlm kajian itu,,mama pun tak gemar sy buat phd dlm kajian itu..mama sgt risau keselamatan sy…bg mama, kajian itu berat dan tough utk seorg wanita terutama yg kecik molek tapi comot cm saya…mama juga risau sy terjatuh ke dlm tasik chini lalu trjumpa naga tasik chini..huh..so horror..

rupanya doa mama termakbul, mama nk sy mnceburi dunia pendidikn, dan akhirnya sy termasuk juga dlm dunia pndidikan…besides,sy nk mengembangkan potensi ke arah lain.. dr,maafkan sy..dan seterusnya.. minat sy bercambah ke dlm dunia pendidkan di sekolah menengah..sy suka mengajar student secondary..berkongsi ilmu dan mendengar pendapat mereka....bila da mengajar kt sini, sy dapati, semua student berakhlak baik, Cuma ada la sket yg nakal spt ponteng kelas & tak wat keje subject sy ,masuk kelas lmbat tanpa alasan yg kukuh dan sebagainya.korg mmg tak pandai cr alasan.bagus! sekurg2nya korg x pandai menipu. (“,) btw, sahsiah korang okay, alhmdulillah…cikgu korg je yg nakal, asyk mengusik korg..huu, nk wat cmne, mengusik adalah hobi ckgu sejak azali

Me, myself & I



(~_~) hari ini dlm sejarah...Blog diwujudkan setelah sekian lama tertangguh...my blog is named after my beloved cat yg dah arwah...mocemoce...smoga arwah ditempatkan dikalangan kucing2 yg beriman...btw,sy sgt suka membaca certain blog terutama pemikir2 hebat..seperti blog chedet, drmaza,ridhuan tee,etc..kerana ia dpt mengembangkan minda di samping membawa sy ke dimensi lain...(mengapa kelihatan spt ayat skema karangan..mungkin kerana telah mnjadi guru ganti.. (“-_-)..today im a blogger..sy tak nak jd blogger yg goblok..(bermaksud perangai udoh dlm bahasa Indonesia)..

Btw, a little bit bout myself…(tak tanya pun..saja nk bitau ) I am aquarian, was born in February in PJ, grew up in several places…key el,johor,Kelantan, back to kl, kedah n now, in penang..dulu kecik2, bila nk pindah je, sgt2 sedey..menanges bila nk tinggal skola, tinggal kwn, tggal gardener (makcik halijah..wer r u now?) but now da nmpak la hikmah ada gak terselit ..bila pindah, p tmpat baru, dpt kwn baru n blajar adapt dlm suasana baru...n now menetap di penang sudah 15 taun..hee..da x pindah da…

Sebagai anak tgh , didapati sy mmg cpt adapt..hehe. suka berkawan, mengusik, mengacau, dan sewaktu dgnnya..saya seorg yg rasional dan bukan emosional..dan saya marah bertempat.. =) sifat lain sy tak pasti..Cuma ada kwn kata sy unik dan pelik..bila sy tanya depa unik n pelik kt mana? Depa tamao habaq plak..haishh….hurm, sy sama je cm org lain..agaknya sifat individu yg dilahirkan pada usia 8 bulan mmg a little bit unik kot..hee..dari kecik, mmg sgt suka membaca…bila p shopping complex je, msti nk cari kedai buku, pastu akn terkesima melihat alat tulis yg sgt byk..alhmdulillah, semangat cintakan ilmu mmg wujud dlm diri sy…kalo bleh semua buku nk baca…tapi masa kecik2 slalu beli buku2 islamic, kisah nabi2..mengapa bila meningkat rmaja, mengapakah sy mmbaca gosip2 artis…owh..lagha sungguh.. tapi skrg tidak lagi..sy lebih menjurus kepada bnda2 ilmiah..seperti membaca buku teks matematik, buku rujukan sains dan sbgainya..hehe.alhamdulillah..

waa, rajinnyer dia membaca. =p....sy sgt windu tsl,ukm

Wednesday, December 23, 2009

MELAYU


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual


Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.


Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Usman Awang