assalamualaikum, :) hye,i'm izah, i'm doing homemade choc n cake,untuk tempahan, boleh hubungi saya, izah 0135841202 ~ enjoy the taste of choc n cake! :)

Thursday, January 14, 2010

teka teki

There is a very, very tall coconut tree and there are 4 animals. King Kong, an Ape, an Orangutan and a Monkey pass by. They decide to compete to see who is the fastest to get a banana off the tree. Who do you guess will win? Your answer will reflect your personality.Think carefully . . . Try and answer within 30 secondsGot your answer? Now scroll down to see the analysis.













If your answer is:

Orangutan = you're dull & normal

Ape = you're a moron Monkey = worse, you're an idiot

King Kong = you're hopelessly stupid......Why?! ????

















......A Coconut tree doesn't have bananas! ;-)Obviously you're stressed and overworked.Take some time off and relax!

Monday, January 11, 2010

AJL 24

As usual, ajl is my annual event,since kecik2 lagi…ajl 24 best la, byk gimik. Kretip2 persembahan. Theme pun best. my fav kaler- hitam, putih, grey mendominasi. Btw, 4 me, ajl 23 lagi best dr segi finalis lagu2nyer except 4 etnik kretip.paling best bila muh menang…But this year, yg bestnye xdak etnik kretip.kalo tidak penuh pentas ngn 1 batalion ngn ntah apa2 la... overall, team ajl nmpk work hard. This year punya result pown best.satisfied. aizat deserved it. Yg penting, pejal tahir! Totap bersemangat ngn tongkatnye.performance superb. Pejal, no worries, sy sntiasa sapot anda.

Lagu aizat berkonsepkan 1 malaysia. Mcm2 ada. Dari jauh…tatkala pmpuan india itu mmbuka sora, tetiba , "eh, tu awat cm lagu kubur tu,slalunya, india nyanyi cmtu bila org mati"haha, my mum mmg mmpunyai deria yg sgt tajam. Bukan sekadar mata ttp pendengaran juga.. "ye la mama, ni lagu utk org yg da mati…tajuk dia pun, pergi"… sora aizat mmg soooothing. Btw, ajl kali ni, ada gak cacat celanya. Berbanding ajl 23, omos purrrfect, tapi ajl 24..hurm, byk yg kna dberi perhatian….antaranya:

1. aPsal la si black tu, p chom pp mentor dia?! Ko tu org Islam, takkan x knal halal haram kot…ini bukan hollykayu.

2. Anggota kump search plak, si baju kuning p tunjuk pucat plak dah.. panggil dia the pusat la. Cameraman pown 1, yg p zoom kt dia wat pe. Agak2 la kalo nk rowk pun, takyah la nk tunjuk pucat. Hish.

3. Mengapa tetiba siaran tergendala sewaktu persembahan jepridin…mgkinkah beliau terlanggar wayar?en,jepridin, sila beri surat tunjuk sebab mengapa terlanggar wayar.haha.

p/s: smasa nonton Ajl, tetiba ujan rahmat…tapi renyai2, kejap je..fuh…sgt cuak dgn perkataan ini “service currently not available” ßnasib bek x kuar…if tak, rasa cm nk bom astro..astro, plz do sumthing la!! Agaknya kna letak, penutup periuk kt antenna tu…hurm..


Sekian, ulasan. Penulis adalah pengkritik yg tidak bertauliah,sekian.

Thursday, January 7, 2010

Tuesday, January 5, 2010

tips2 CEMERLANG


Semua insan mahu mnjadi cemerlang. Setiap drpd kita dilahirkan dgn potensi yg berbeza..tips ini dicopy dr kosmo dan dipastekan di blog sy (^_^)/ . ianya sgt berguna utk saya dan juga kpd hadirin diluar sana..u know who u r... n for silent reader as well... tips ini bukan saja berguna utk pelajar skola mahupun, univ tapi ia juga sgt brguna utk semua tanpa mengira 1,2,3. Eh eh..stat merapu dah. Ok, sambungà,tanpa mengira umur, latar belakang.bg saya, kita adalah pelajar.. tak kira umur.. sama ada muda remaja 25 taun, yg smbut jubli perak cm saya ke( muda remaja ke?? Hehe) ataupun jubli emas 59taun mcm mak saya. Setiap hari kita mempelajari sesuatu. Ibu saya rajin menelaah buku2. Jadi sy berharap utk mnjadi sprti beliau. Hee. So, lets cekidaut tips2 yg berguna ini.


Rahsia pelajar cemerlang

KECEMERLANGAN merupakan dambaan setiap yang bernama pelajar. Namun, meraih kecemerlangan memerlukan pengorbanan dan ada caranya.
Di sini disertakan beberapa tip untuk menjadi pelajar cemerlang dan seimbang dalam setiap segi.



1. Tentukan visi anda



Sebagai seorang pelajar, anda mestilah memiliki visi yang jelas ke mana hala tuju anda. Tanpanya, seseorang individu akan mudah terlupa ataupun tersasar daripada matlamat sebenar.
Seseorang yang mempunyai visi yang jelas adalah yang berkarisma, menghargai masa, bercita-cita tinggi, berkomitmen tinggi dan pragmatis atau praktikal.



2. Aturkan langkah anda
Susun dan tulis rancangan perlaksanaan visi atau cita-cita mengikut jangka waktu yang anda ingini. Ini akan membantu anda berada 'di atas landasan' dan 'tiba ke destinasi' pada waktu yang telah ditetapkan.



3. Rancang masa depan anda sekarang
Membuat pilihan yang bijak di usia muda dan mula merancang pelan hidup seawal mungkin dapat membantu anda mengelakkan kegagalan atau kekecewaan dalam hidup.



4. Luangkan masa untuk bertindak
Setiap manusia diberikan 24 jam setiap hari, hanya yang bijak mampu menggunakan waktu tersebut sebaik mungkin. Uruskan masa dengan bijak. Buat jadual harian, luangkan masa untuk membaca, beri sedikit masa untuk beriadah, sentiasa meluangkan masa untuk merealisasikan visi anda.



5. Konsisten dan jangan mudah mengalah
Percaya teguh kepada diri sendiri. Jangan biarkan kegagalan kecil mematahkan semangat anda! Mudah mengaku kalah kepada diri sendiri adalah mereka yang tidak akan berjaya dan kurang percaya kepada kemampuan diri sendiri.



6. Tumpukan perhatian kepada matlamat anda
Jangan biarkan diri anda leka dengan gangguan-gangguan persekitaran: pengaruh rakan sebaya, aktiviti yang melalaikan dan masalah remeh temeh. Sentiasa fokus kepada apa yang anda mahu iaitu mahu berjaya!



7. Percaya kepada pertolongan Tuhan dan usaha sendiri
Allah menciptakan setiap manusia untuk berjaya di muka bumiNya, bukan untuk menemui jalan gagal. Namun begitu, untuk mengecapi kejayaan, manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa percaya kepada pertolongan Allah.



8. Solat dan doa
Solat dan berdoa adalah cara bagi manusia untuk berhubung dengan Tuhan. Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah universiti antarabangsa membuktikan bahawa berdoa dapat memberi kekuatan mental dan fizikal pesakit bagi menyembuhkan penyakit kritikal.

9. Pupuk perasaan cinta dan jangan membenci
Perasaan cinta membantu anda untuk berjaya dan membawa ke tahap yang lebih tinggi. Jangan sesekali membenci orang lain, walaupun mereka pernah melakukan kejahatan kepada anda.



10. Belajar daripada kesilapan
Manusia yang bijak adalah mereka yang mengaku kesilapan sendiri dan belajar memperbetulkannya. Kesilapan bukanlah suatu kegagalan, sebaliknya permulaan kepada sebuah kejayaan. Belajarlah daripada kesilapan sendiri dan juga kesilapan orang lain. Jangan biarkan ia berulang.



11. Sokongan keluarga yang kuat
Ibubapa adalah tunjang kepada kejayaan anak-anak dan begitulah sebaliknya. Kebanyakan kegagalan remaja hari ini berpunca daripada masalah keluarga di rumah yang disebabkan oleh pertelingkahan ibu bapa.



12. Berkawan dengan ramai orang
Tidak salah berkongsi masalah dengan rakan-rakan, tetapi perlu berhati-hati dalam memilih kawan yang sesuai. Individu berjaya selalunya mempunyai ramai kawan.



13. Gambarkan destinasi kejayaan anda
Realiti tidak akan tercipta tanpa fantasi. Tidak salah menjadi Mat Jenin. Setiap kejayaan bermula dengan cita-cita dan angan-angan.



14. Berdisiplin
Individu yang berdisiplin adalah individu yang sentiasa proaktif dan tidak gemar 'curi tulang'.



15. Amalkan gaya hidup sihat
Kejayaan tidak akan dapat dinikmati sebaik mungkin tanpa kesihatan yang baik. Bersenam dan jaga pemakanan untuk mengekalkan kesihatan dan menghindari penyakit-penyakit berbahaya.



16. Sentiasa jujur
Jangan suka berbohong dan berpura-pura. Jadilah manusia yang baik, jujur dan telus. Kejayaan tidak bermakna sekiranya terhasil dari usaha yang tidak jujur dan penuh dengan tipu muslihat.



17. Hargai masa
Masa hendaklah sentiasa dimanfaatkan dengan melakukan perkara-perkara yang hanya membawa kebaikan kepada diri kita dan orang di sekitar.

iklan moto jap.sy menang moto! =D. nenek ini tidak mghargai masa mudanya utk mempelajari moto.namun...its neva too late. dah tua pown, leh blajar lagiii. caya la nenek.


18. Sayangilah diri anda sendiri
Jangan terlalu fokus kepada "ketidaksempurnaan" atau kelemahan anda. Sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.



19. Jangan sentiasa mengutamakan diri sendiri
Berusaha mengecapi kejayaan tidak bermakna anda hanya harus mengutamakan diri anda sendiri setiap masa. Membantu orang lain untuk berjaya adalah satu ibadah dan dapat membantu kejayaan diri anda juga. Jangan sekali-kali tamak pada kejayaan.



20. Sentiasa di kalangan orang-orang yang berjaya
Bergaul dengan orang-orang yang berjaya atau mahu berjaya dapat membantu seseorang itu untuk mencapai kejayaannya sendiri. Perolehi inspirasi daripada kejayaan orang lain. Banyakkan membaca buku tentang tokoh-tokoh ternama yang telah berjaya dalam hidup mereka.
Jadikan kejayaan mereka sebagai panduan untuk terus mencapai kegemilangan.






~~semoga saya dpt mencontohi tips2 di atas...(^_^) ~~